Pages

Friday, 10 February 2017

RESEPI AYAM PERCIK PEDAS -Dipanggang sedap

RESEPI AYAM PERCIK PEDAS - Resepi Maggi

Bahan-Bahan
500 g paha ayam, tanpa kulit dan tulang
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih, dikisar
1 sudu besar halia, dikisar
2 batang serai
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa
200 ml santan
400 ml air
9 bawang merah, dikisar
1 Bawang putih, dikisar
1 cm halia, dikisar
1 batang serai, dikisar
8 tangkai cili kering, dikisar
1 sudu besar jus asam jawa
1 sudu besar MAGGI® CukupRasa
1 sudu besar gula



Cara-Cara
1. Untuk bahan perapan, campurkan kisaran bawang merah, bawang putih, halia dan serai bersama serbuk ketumbar dan jintan manis serta 2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa.

2. Kemudian curahkan kuah perapan pada ayam, biarkan ia disaluti sekata dan diperap lebih kurang 2 jam.

3. Selepas itu, dalam kuali bersaiz sederhana, masukkan santan, kisaran bawang merah, bawang putih, halia, serai dan kisaran cili kering bersama jus asam jawa, gula dan 1sudu besar MAGGI® CukupRasa

4. Biarkan ia mendidih dengan api kecil dan masak sehingga kuah tadi menjadi pekat dan pecah minyak.

5. Salutkan seluruh ayam dengan kuah yang telah dimasak dan alihkan ke dalam bekas pemanggang.

6. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 425 °F. Bakar ayam lebih kurang 45-60 minit. Tempoh memasak boleh ditambah hingga anda puas hati dengan teksturnya.

7. Rahsia agar ayam lebih rangup dan lazat ialah curahkan lebih banyak kuah sebelum dihidang.

8. Apabila haruman ayam percik sudah memenuhi rumah, hidangkannya untuk nikmatinya bersama keluarga.

 
Ayam Percik telah sedia untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba

~CikNa~


RESEPI AYAM PERCIK

RESEPI AYAM PERCIK ISTIMEWA

Bahan-Bahan :

1 ekor ayam dipotong 4 atau 8 bahagian
Sedikit minyak masak untuk menumis

Bahan kisar #1
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Bahan kisar #2
3 batang serai
1 inci halia 

½ mangkuk cili kisar
½ inci lengkuas diketuk
1½ mangkuk santan pekat
garam dan gula secukup rasa
3 keping asam keping
sos tomato


Cara-Cara :
1. Rebuskan ayam sehingga separuh masak dan toskan.
2. Tumis cili dan bahan kisar #1 sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar #2, lengkuas,asam keping, santan, garam, dan gula.
3. Masukkan ayam rebus hingga kuah menjadi sedikit pekat dan tambahkan sos tomato.
4. Setelah ayam empok/masak, asingkan dan bakar sehingga keperangan.
5. Percikkan sedikit kuah semasa membakar ayam.
6. Hidangkan bersama hirisan timun, tomato dan salad sebagai hiasan.

Ayam Percik telah sedia untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba

~CikNa~

RESEPI AYAM MASAK HALIA


BAHAN-BAHAN
500-600 gram ayam, potong kecil ( ambil bahagian isi sahaja)
4 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 cm halia- - dihiris kecil memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar - dihiris nipis
1 biji cili merah - dihiris nipis
1 tangkai daun bawang - dihiris kecil (2cm )
1 1/2 sudu kecil tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit kunyit
garam dan gula secukup rasa
minyak masak untuk goreng ayam



CARA-CARA
1. Panaskan minyak di dalam kuali
2. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak.
3. Angkat dan ketepikan sementara.
4. Ambil 1/2 senduk minyak dari baki gorengan ayam tadi dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.
5. Masukkan kembali ayam yang telah digoreng separuh masak tadi..
6. Masukkan sos tiram, kicap cair, dan taburankan lada putih.
7. Kacau seketika
8. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat.
9. Tambahkan air jika anda suka berkuah.
10. Taburkan cili merah dan bawang besar yang di hiris tadi.
11. Letakkan garam dan gula secukup rasa.
12. Kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. .
13. Angkat dan taburkan daun bawang yang telah dihiris.

Ayam masak halia telah sedia untuk dihidangkan.





Selamat Mencuba

~CikNa~

RESEPI AYAM MASAK ASAM PEDAS

RESEPI AYAM MASAK ASAM PEDAS

Bahan-Bahan:
½ ekor ayam, dibersihkan dan potong 10-12
2 keping asam gelugur
1 cawan minyak masak
1 ikat daun kesum
Gula dan garam secukupnya
2 cawan air


Dikisar
10 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
1 sm halia
Sedikit belacan
4 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
1 sm kunyit basah
 
 
Cara-Cara :
1. Panaskan 
minyak di dalam periuk.
2. Tumis bahan-bahan kisar hingga garing dan naik bau.
3. Masukkan ayam dan air.
4. Masak hingga mendidih.
5. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan daun kesum.
6. Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul masak baru diangkat.
7. Tunggu sehingga ayam masak.

Sedia untuk dihidangkan.






Selamat Mencuba


~CikNa~

RESEPI AYAM MASAK KURMA

RESEPI AYAM MASAK KURMA

BAHAN - BAHAN :

1 ekor ayam (di potong 10-12)
2 camca besar lada putih
1 biji buah pala
5 kuntum bunga cengkih
3 labu bawang besar
2 sm halia
½ camca besar jintan putih
4 biji cili merah
Garam secukup rasa
¼ cawan susu cair

4 camca besar serbuk ketumbar
2 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 ulas bawang putih
1 camca besar jintan manis
3 biji tomato
Air asam limau
3 cawan santan pekat
3 camca kecil serbuk kaskas


CARA - CARA

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar dan halia diikuti dengan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.

2. Serbuk kaskas, jintan putih, serbuk ketumbar, buah pala, lada putih, tomato dan cili digaul bersama santan.

3. Masukkan bahan ini ke dalam bahan tumis tadi.

4. Masak hingga mendidih, masukkan ayam, susu cair, asam limau dan garam.

5. Tunggu sehingga ayam masak.

6. Ayam masak kurma sedia untuk dihidangkan





Selamat Mencuba
~CikNa~

Thursday, 9 February 2017

RESEPI AYAM MASAK KICAP

RESEPI AYAM MASAK KICAP


BAHAN - BAHAN :

1 ekor ayam (dipotong 10 bahagian)

1 ulas bawang besar (dikisar halus)
2 sudu cili merah (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
½ inci halia (dikisar halus) 2 sudu kicap pekat
2 sudu kicap cair
2 sudu air asam jawa
Sedikit perasa
Cili merah dan bawang besar dipotong sebagai hiasan







CARA - CARA :

1. Gaulkan ayam yang telah dibasuh dengan garam dan kunyit.

2. Angkat dan ketepikan dahulu untuk sementara.

3. Kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng.
5. Setelah naik bau, masukkan kicap pekat, kicap cair dan air asam jawa.
6. Masukkan garam sebagai perasa dan tunggu sehingga masak.
7. Setelah masak, angkat dan ayam masak kicap sedia untuk dihidangkan.

8. Taburkan cili merah dan bawang besar yang telah dipotong tadi sebagai hiasan.

Sedia untuk dihidangkan.



Selamat Mencuba

~CikNa~

RESEPI AYAM MASAK MERAH

RESEPI AYAM MASAK MERAHBAHAN - BAHAN :

1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng setengah masakBahan untuk dikisar:
30 gm cili kering
30 gm halia
20 gm bawang putih
90 gm serai
200 gm bawang besar
300 gm tomato
200 gm minyak masak

Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa






CARA - CARA :

1. Goreng ayam sehingga setengan masak dan asingkan.

2. Masukkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing / naik bau.

3.Setelah itu masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.

4. Gaulkan hingga sebati dan rata.

5. Apabila telah kering bolehlah diangkat. Sedia untuk dihidangkan.



Selamat Mencuba
~CikNa 👸~