Pages

Friday, 10 February 2017

RESEPI AYAM PERCIK

RESEPI AYAM PERCIK ISTIMEWA

Bahan-Bahan :

1 ekor ayam dipotong 4 atau 8 bahagian
Sedikit minyak masak untuk menumis

Bahan kisar #1
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Bahan kisar #2
3 batang serai
1 inci halia 

½ mangkuk cili kisar
½ inci lengkuas diketuk
1½ mangkuk santan pekat
garam dan gula secukup rasa
3 keping asam keping
sos tomato


Cara-Cara :
1. Rebuskan ayam sehingga separuh masak dan toskan.
2. Tumis cili dan bahan kisar #1 sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar #2, lengkuas,asam keping, santan, garam, dan gula.
3. Masukkan ayam rebus hingga kuah menjadi sedikit pekat dan tambahkan sos tomato.
4. Setelah ayam empok/masak, asingkan dan bakar sehingga keperangan.
5. Percikkan sedikit kuah semasa membakar ayam.
6. Hidangkan bersama hirisan timun, tomato dan salad sebagai hiasan.

Ayam Percik telah sedia untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba

~CikNa~

No comments:

Post a Comment